Jika Begini oleh Rahimah Rahim
Jika begini terbiar menanti
Tanpa kata-kata
Untukku jadikan pegangan
Salahkah aku
Seandainya nanti
Rindu jadi jemu
Dan hati tak rela menunggu
Telah kuutuskan masa
Janji tak terbukti jua
Bagai pelabuhan sepi
Engkau menyendiri
Apalah gunanya kini
Langkah tak sehala lagi
Tapi sukar mengucapkan
Salam perpisahan...
Thursday, June 11, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Andai engkau kembali lagi
Saat ini
Aku telahpun bersedia
Aku telahpun bersedia
Untuk membuka sangkar usang
dan melepaskan engkau terbang
ke langit biru
Keranaku tahu
sejauh manapun engkau pergi
Cintamu tetap kau tinggalkan disini
Menemaniku tanpa jemu
Namun tak siapa tahu
andai engkau kembali lagi
ke sangkar ini
aku mungkin sudah pergi
atau waktu itu aku telahpun
tiada lagi di bumi ini
dan telahpun ku bawa
cintamu yang satu itu bersemadi.
29 Jan 2009
Tuesday, January 13, 2009
Kota ini sudah tidak aman lagi

Kota ini sudah tidak aman lagi
Mayat bergelimpangan
Debu berterbangan
Terbakar hangus
Wilayah Gaza
Bumimu berdarah
Anak-anak kecil tak berdosa
Menjadi mangsa Israel gila kuasa
Fosforus putih senjata kimia
Dibedil kemana-mana
Membunuh tanpa ikhsan
Betapa sengsara
Rejim Zionis
Kekejamanmu
Yang tidak berperikemanusiaan
Hatimu hitam bagai arang
Keras kepala dan buta mata
Semakin berani menggila
Demi Allah kami bersumpah
Selagi ada nyawa dibadan
Kami tidak akan biarkan kamu
Menghapuskan bumi Palestin
Semangat juang mereka
Walau sudah berabad tersiksa
Jangan kamu pandang sebelah mata!
14 Jan 2009
Mayat bergelimpangan
Debu berterbangan
Terbakar hangus
Wilayah Gaza
Bumimu berdarah
Anak-anak kecil tak berdosa
Menjadi mangsa Israel gila kuasa
Fosforus putih senjata kimia
Dibedil kemana-mana
Membunuh tanpa ikhsan
Betapa sengsara
Rejim Zionis
Kekejamanmu
Yang tidak berperikemanusiaan
Hatimu hitam bagai arang
Keras kepala dan buta mata
Semakin berani menggila
Demi Allah kami bersumpah
Selagi ada nyawa dibadan
Kami tidak akan biarkan kamu
Menghapuskan bumi Palestin
Semangat juang mereka
Walau sudah berabad tersiksa
Jangan kamu pandang sebelah mata!
14 Jan 2009
Friday, January 9, 2009
Sepanjang jalan kenangan
Apabila engkau tidak lagi
ghairah membisikkan kata cinta
dan menyatakan rasa rindumu
ketahuilah aku nanti
bahawa jalan kenangan kita
telah pun sampai ke penghujung
Apabila engkau tidak lagi
seperi seekor pungguk kerinduan
ketahuilah aku nanti
yang kuntum-kuntum kasih kita
telah pun berserakan di bumi
bersemadi dan sepi
Akan berakhirlah kisah cinta itu
yang pertama hadir di dalam hidupku
betapa payahnya melupakan
engkau yang pernah singgah berteduh
di anjung kasihku
dan menyemai rindumu
di dalam kolam rasaku
Betapa getirnya perasaan ini
pabila cuba untuk tidak mengingati
dirimu dan kenangan lalu
yang telah lama bertahta di hatiku
sejak aku mula kenal erti rindu
31.7.97
Damansara Heights
ghairah membisikkan kata cinta
dan menyatakan rasa rindumu
ketahuilah aku nanti
bahawa jalan kenangan kita
telah pun sampai ke penghujung
Apabila engkau tidak lagi
seperi seekor pungguk kerinduan
ketahuilah aku nanti
yang kuntum-kuntum kasih kita
telah pun berserakan di bumi
bersemadi dan sepi
Akan berakhirlah kisah cinta itu
yang pertama hadir di dalam hidupku
betapa payahnya melupakan
engkau yang pernah singgah berteduh
di anjung kasihku
dan menyemai rindumu
di dalam kolam rasaku
Betapa getirnya perasaan ini
pabila cuba untuk tidak mengingati
dirimu dan kenangan lalu
yang telah lama bertahta di hatiku
sejak aku mula kenal erti rindu
31.7.97
Damansara Heights
Thursday, January 8, 2009
Kalau cinta itu api

Kalau cintaku itu api
akulah yang menyalakannya
kalau cintamu itu angin
jangan semarakkan bara yang merah
jadilah titis hujan
yang membasahkan
dan memadamkan keresahan
kalau cintamu itu pena
di kala aku mencatatkan
baris baris sedih
mengapa tiba-tiba penamu terhenti?
atau sudah keringkah dakwatmu
sekering perasaanmu?
akukah itu bagai sebutir debu
yang terperangkap di jendela lama
tiada memberi makna
akukah itu bagai segengam pasir
sekecil kuman di kawah airmata
semalam antara lena dan jaga
Aku terdengar
”jangan tenggelam dalam
cinta tak bermuara
biarkan dia padam dengan apinya
titipkan debu yang usang itu
di telaga kenangan
biarkan ia hanyut kemana saja
andai itu adalah takdir Tuhan!”
08.01.09
Subscribe to:
Comments (Atom)


