Apabila engkau tidak lagi
ghairah membisikkan kata cinta
dan menyatakan rasa rindumu
ketahuilah aku nanti
bahawa jalan kenangan kita
telah pun sampai ke penghujung
Apabila engkau tidak lagi
seperi seekor pungguk kerinduan
ketahuilah aku nanti
yang kuntum-kuntum kasih kita
telah pun berserakan di bumi
bersemadi dan sepi
Akan berakhirlah kisah cinta itu
yang pertama hadir di dalam hidupku
betapa payahnya melupakan
engkau yang pernah singgah berteduh
di anjung kasihku
dan menyemai rindumu
di dalam kolam rasaku
Betapa getirnya perasaan ini
pabila cuba untuk tidak mengingati
dirimu dan kenangan lalu
yang telah lama bertahta di hatiku
sejak aku mula kenal erti rindu
31.7.97
Damansara Heights
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment