Daun-daun yang gugur ini
ku sapukan ketepi
agar engkau nampak jalan pulang
walau dalam pekat malam
kerana pernah dulu
engkau tersesat jalan
sedangkan jalan yang kau lalui itu
sudah terang lagi bersuluh
Andai engkau tidak dapat jua
kembali lagi ke daerah ini
kerana tidak nampak
jalan-jalan yang lurus itu
janganlah aku di persalahkan
kerana tugas aku selesai disini
yang seterusnya adalah tugasmu
tiada gunanya aku merayu
jika egomu sudah berajakan nafsu.
Bukit Damansara
12 Mac 99
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment