Friday, December 19, 2008

Manusia-manusia

Manusia I

adalah yang tidak tentu tidurnya
kerana melihat kelaparan
esok bangun subuh dinihari
menerima tetamu di awal pagi
meneguk secawan kopi
dan pergi lagi kerana janji
makan tengaharinya di dalam kereta
makan malamnya di balairaya
menjana minda bangsa sendiri
agar jangan lupa diri
dan janji pada pengundi
walaupun akhirnya diketepi
bila pucuk baru menonjolkan diri


Manusia II

adalah yang tidak tentu tidurnya
kerana melihat sahamnya
jatuh merudum dan berdentum
esok akan bangun pagi pagi
menjenguk remiser peribadi
dan singgah sekejap
meninjau sampah sarap
dan jalan tak berturap
dan berjanji akan datang lagi
pada hari mengundi
empat tahun lagi

Manusia III

adalah yang tidak lena tidurnya
kerana membaca berita semalam
yang mengotorkan
nama dan wibawanya
esok bangun pagi bagai nanar
buat sidang akhabar
ceritakan yang sebenar
perempuan itu hanya menyamar

Kuala Kangsar
2008

No comments:

Post a Comment